PAKYA'S FotoPage

By: pakya warden

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Friday, 14-Apr-2006 15:42 Email | Share | | Bookmark
[b]SAUDARA BARU[/b]

Sdra. Putra
15:45
Pengakuan...
15:55
PakYa & Sdra.Putra
16:00
View all 4 photos...
Alhamdulillah......."..dan bila kamu lihat manusia masuk agama Allah...maka bertasbihlah!...dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadanya..Sesungguhnya DIA adalah Maha Penerima Taubat..." - Surah An Nashr Ayat 2 & 3...
Hari ni jam 3.30ptg tadi bersesuaian pula dgn bulan Rabiulawal yang mulia (bulan keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w. sekali lagi PakYa dan sahabat-sahabat yang lain menjadi saksi kepada "Pengakuan Shahadah" oleh saudara baru Putra Peter John Sandham............
Amacam...handsome tak Pakya...


Wednesday, 5-Apr-2006 08:39 Email | Share | | Bookmark
MAULIDUR RASUL 1427

Minggu hadapan hari Selasa 11 April 2006 (12 Rabi'ulawwal), umat Islam sedunia menyambut keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w. Pakya nak ajak semua yang beragama Islam atau semua bloggers dapat sama-sama berkongsi menghayati sejarah Rasulullah dengan penuh insaf dan bangga apatah lagi dalam menjalani sisa-sisa penghidupan kita...Marilah kita renungi dan ambil i'tibar...Pakya takle pandai tapi takat ni cikgu Pakya mati kata Ajis Satar...Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.
Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.
Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Contohnya: Masjid Haiga Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi muzium.



Tuesday, 28-Mar-2006 15:39 Email | Share | | Bookmark
Happy Bithday To You

 
00:00
 
00:00
Selamat menyambut hari ulangtahunmu sahabat. Semoga meredhoi segala amalan dan lakonan kita di dunia yang fana ini.........Insyaallah


Tuesday, 21-Mar-2006 15:07 Email | Share | | Bookmark
PakYa menikah lagi...???

 
Kalau salah gaya yang bersamping songket tu menikah tadi......oops jangan marah Pak..munkin sekadar jadi saksi ponakan aja...??


Sunday, 19-Mar-2006 11:17 Email | Share | | Bookmark
Pasal Tiang Seri Rumah Melayu

kalau dapat tanah tepi sungai ...baik juga.
Terima kasih pasal cakap-cakap rumah melayu.... jadi rumah melayu ni... banyak gunanya ... tapi nak tanya sikit pasal tiang seri ni..... ada guna ke... kalau tak ada tiang seri macamanalah halnya dengan rumah Melayu... ceritalah sikit pasal tiang seri ni... sebelum dapat rumah melayu rasanya nak faham-faham pasal TIANG SERI... ANJUNG SERI .... apa-apa yang SERI pasal Rumah Melayu..... Dengar kata hutang dah kena tanam semula macam kebun kecil getah kat kampung kita sekarang ni.... kalau tanam balak sekarang bila agaknya nak dapat hasil... tapi kalau tak tanam, langsung tak ada hasil dan kita makin tak dapatlah nak guna kayu lainkali... terutamanya nak buat Rumah Melayu................


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net